Lilypie 2nd Birthday Ticker

Monday, November 24, 2008

Berlepas ke Makkah

Alhamdulillah Mak & Ayah selamat berlepas ke Tanah Suci Makkah. Kami sekeluarga hantar ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. meriah.ramai. sedih.gembira. Becampur baur perasaan kaum keluarga. Kak Pah sempat buat video call dari Brisbane. Semua sedara mara excited! Betul2 macam iklan maxis time raya tu :p.
Ayah, Mak & Uncle Ehsan akan berada di Makkah selama 45 hari. Dijadualkan pulang pada 6 Januari 2009. Semoga mendapat Haji Mabrur. Amen!

Happy Birthday Hubby

Happy Birthday Sayang!!! 23rd November 2008.
Cuppies ordered from Dills-Cake. Sorry ye tak sempat nak buat proper celebration. Semoga panjang umur, diberi kesihatan & dimurahkan rezeki. HAPPY BIRTHDAY TO ALL PPL BORN IN NOVEMBER!!!!

Saturday, November 22, 2008

You've Got Job

la la la....
I've got new job....

Jumaat
10:06am
Caller 1 : call from 03-2694****. Saya Anor dari K***, Cik ditawarkan jawatan ****. Lapor diri 1/12/2008. Boleh datang ambil surat ya.
Aku : Ha???? alhamdulillah!!! saya ingat tak dapat.. dah 5bulan..

Aku : masih lagi terpinga... macam2 dalam fikiran, jauh, rugi tak ambil menolak tuah! Nidal???? aduhai!!!! Hidup2.. dalam keadaan mak & ayah nak pergi haji lagi beberapa hari ni.. Aku pula dapat tawaran kerja di KL.. tempat yang memang aku idam2 kan selama ni. Tercapai juga hasrat "nak keje IT" Alhamdulillah. Semua yg lain ok.. semua aku sanggup.. bangun seawal 4.30pagi pun takpe, balik lambat semua ok.. Tapi.. Nidal.. kesian Nidal.. semlm aku lambat jemput Nidal 5min je dia dah menangis. Nidal kene sabar ye.. Ada rezeki nanti kita plan lain. Ibu & Ayah try sangat2 give our best to you sayang!!!!

Business Hijab??? belum tau.. mungkin kene suspend.. sampai kene satu tarikh yang belum ditetapkan.

Wish me Luck!!!

Thursday, November 20, 2008

n.i.d.a.l entry....

Salam semua...
ada few picture dari blog ayahnidal, ibunidal paste kat sini.. (thanx for d luvely picture)..gambar2 gi umah anak kawan Wan kenduri.. kawan lama Wan.. Wan kata dah 30tahun tak jumpa.. demi memenuhi permintaan Wan kami pergi juga.. walaupun malam sebelumnye kepenatan selepas kenduri kesyukuran untuk Wan & Atuk sempena nak pegi haji 23hb ni.. Macam2 yang difikirkan sebenarnya. Tak tau entry kali ni nak cerita pasal Nidal ke? pasal ekonomi yang makin merundum? pasal kerja? pasal final system utk Degree ke? pasal Chantek Hijab?
pasal Wan & Atuk nak pergi haji?
Semuanya bercampur2..
"SELAMAT HARI TANDAS SEDUNIA 20-11-2008"

Thursday, November 13, 2008

nIdaL 1st bIrThDaY

nMaaf sangat2 baru sempat nak load gambar birthday Nidal. Majlis Nidal haritu berjalan lancar alhamdulillah. Cuma Nidal kurang ceria agaknye dah penat. So kebanyakan gambar ada gambar ibu je (as usual) baru perasan. Aik kurangnye gambar Nidal. Birthday sapa ni? Actually Nidal sangat obses dengan benda berpusing espcially kipas.. So kitaorang tutup kipas takmo kasi lilin padam.. tp dia takmo.. haha last2 on balik kipas lilin padam sendiri.. takya tiup.. :)

Nidal ceria sebelum tetamu datang
Terima kasih pada semua yang sudi datang. Ramai..tak tertulis... Thanks gak untuk all the lovely present. Nidal dapat baju, train, toys & car. Paling banyak dapat kereta dari yg kecik sampai yang Nidal boleh naik :)

Senyuman cerita tetamu.. asal la gambar ibu je yg banyak??



Thanks to all the sponsor. Cik Lin yang sponsor cuppies (walaupun comot) sebab emergency break. Pada Nenek Andalas yang masak. Pada Mak Ngah & Atok yang banyak membantu. Pada Auntie Pah sponsor baju Elmo untuk birthday boy :). Thank you to Ayah too!!! (my biggest sponsor & my photographer)

Happy 1st Birthday Nidal. Ibu doakan Nidal sihat selalu and always be my good & smart boy !!! Muuuuaaaaaaaah!!!!

n.i.d.a.l

nidal baru baik demam
masih ada masalah membuang yg kerap
kesian nidal
mungkin sebab ubat
nidal dah tak ceria
susahnye nak senyum skang
operation hernia nidal tangguh
nidal tak fit untuk operation
sampai bila?
ibu pun tak tau
kalau boleh nak tunggu wan balik hj
boleh ke doctor?

Saturday, November 8, 2008

n.i.d.a.l.d.e.m.a.m

3Nov : Ayah bawa Nidal gi SJMC untuk checkup hernia, date operation 12Nov

4Nov : Day 1 @ Nursery. Ayah ngan Wan anta nidal. Nidal nangis. 5 sharp Auntie Lin & Wan jemput. Nidal nangis hiba bila nampak Wan datang.

5Nov : Day 2 @ Nursery. Atuk & Wan anta Nidal jalan kaki. Wan nak practise berjalan untuk pergi Mekah. Ibu & Wan jemput Nidal kul 5 Nidal masam je.

6Nov : Badan Nidal panas. Wan cakap takyah gi nursery. Malam demam lagi, Ibu & Wan bawa Nidal gi Klinik.

7Nov : Badan Nidal still panas. Tak pegi nursery lagi. Nak Wan dukung je. Malam tidur pon takmo letak. Nak sentiasa Ibu peluk.

Nidal sangat jarang demam. Setahun umur Nidal, sekali je demam masa 5bulan+. Masa nak tumbuh gigi. Tupun tak panas sangat. Cuma 2 jam je panas betul2. Time tu therapy Nidal air. Tengah2 malam Ibu bawa Nidal duduk dalam toilet tengok water drop. Nidal akan diam je.

Risau sangat! Harini Ayah bawa Nidal gi klinik lagi. Ibu keje. Doakan Nidal baik2 je. Nidal marah sebab anta kat nursery...........

Wednesday, November 5, 2008

Syawal 2008

Alhamdulillah.. finally manage to upload syawal photos! Really sorry Kak Pah for the late entry. Dah lama Kak Pah tanya bila nak upload gamba... betul-betul tak sempat..Let me upload one by one kay... Start with raya photo..Enjoy the photo! Beraya di rumah Pak Cik Mursid (sepupu ayah) di Labuhan Dagang, Banting.. seronok raya kat sana.. kawasan rumah besar.. ada muzium kecil.. ada beca.. sempat la kami snap beberapa keping gambar... Gambar beraya di Puchong rumah Mak Cik Bibah, Beraya di Jinjang rumah Uncle Bad Beraya di rumah Pak Cik Musa, Rembau. 2 cute girl tu anak sepupu.. dengan nidal? kupu-kupu kot :p
Beraya di Taman Sri Andalas, Klang.. nidal is holding sampul raye..

Monday, November 3, 2008

Hernia

arini nidal dah 1 year 1 week 1 day old
arini ayah nidal & wan bawa nidal gi checkup kat SJMC
tadi ayah nidal call... nidal nak kene operate 12hb ni
ibu?
mmm..
cian kat nidal
kecik2 nk kene operate
minor operation je
takpe untuk kebaikan nidal...
ibu try jugak petua2 kg.. tuam, cari daun sirih
tapi tak banyak perubahan...
nidal tak rasa sakit..
still active mcm biasa..

antara sebab yang nidal boleh kene hernia atau melayu panggil angin pasang?
+ nidal suka angkat barang berat.. kerusi makan pun nidal tarik
+ nidal suka teran kalau marah ke benda yg dia nak dia tak dapat

hernia?
articles about hernia...

What is a hernia?
A hernia is a bulge that results when an organ or some tissue is out of place. Hernias can happen in the groin, the abdomen, and the diaphragm.In babies, the most common hernias are inguinal hernias, which occur in the genital region, and umbilical hernias, which are found around the navel.

What causes an inguinal hernia?
During gestation, a boy's testicles develop inside his abdomen, and then, sometime before birth, they push through a tunnel in the tissue between the groin and the abdomen (called the inguinal canal) and descend into the scrotal sac.In girls, the ovaries descend through the tunnel and into the pelvis. At that point, the passage through the abdominal wall should close up.In about 5 percent of babies (mostly boys, and especially those who were premature), the opening remains large enough to allow a loop of the intestine to poke down into the tunnel. Inguinal hernias do not improve on their own.

nidal
+ dah pandai cakap "mama, papa" (suppose panggil ibu & ayah) :p
+ pandai tunjuk interest kat car, lorry, fan, bird (tunjuk pakai jari telunjuk)
+ suka atau lebih tepat sgt suka benda yg berpusing macam tayar, kipas...
+ kalau nk ajak kuar nidal tunjuk ibu, tunjuk ayah & sapa2 yang perlu then tunjuk luar
+ kat kedai makan pun tunjuk fan nk suh on

doakan minor operation ni berjalan lancar ya..
amen